FBI Lantik Dua Timbalan Dekan Baharu

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), telah melantik dua timbalan dekan baharu fakulti. Dr. Marwan bin Ismail dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar) dan Dr. Wan Ab. Aziz bin Wan Daud dilantik sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Siswazah).

FBI mengucapkan tahniah  atas pelantikan mereka dan  menyampaikan penghargaan kepada bekas Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani, bekas Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar) dan Prof. Madya Dr. Yohan Kurniawan bekas Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Siswazah).

Pelantikan baharu ini diharapkan dapat  membuka  dan mencapai lebih banyak peluang kepada FBI pada masa hadapan.